Tuesday, October 23, 2007

Ciri-ciri peralihan demografi di Malaysia

  • Tahap pertama, dari tahun 1947 - 1956: kadar kematian kasar menurun daripada 2% kepada 1%,hal ini adalah disebabkan terdapat kemajuan dalam bidang kesihatan awam, perubatan, dan pemakanan yang baik bagi masyarakat Malaysia dan terdapatnya pusat kesihatan dan hospital di hampir seluruh negara di Malaysia dengan ini, penyakit dapat dikawal contohnya penyakit malaria, taun,tetanus dan sebagainya. Kadar kelahiran pula meningkat ini disebabkan kurangnya pengamalan perancangan keluarga. Mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah menyebabkan menambahkan peluang pekerjaan dan saiz keluarga.

  • Tahap kedua, dari tahun 1957 - 1964; kadar kelahiran kasar dan kadar kematian kasar telah menurun secara perlahan-lahan, ini menyebabkan kadar pertumbuhan meningkat 3%,dimana kadar kelahiran kasar menurun. Ini menunjukan terdapatnya lebih pengamalan perancangan keluarga, umur kahwin lebih lewat kerana banyak perempuan yang melanjutkan pelajaran ke universiti, saiz keluarga menjadi kecil dan lebih banyak perempuan mula bekerja. Dengan ini jumlah penduduk di Malaysia semakin bertambah. Di Sabah dan Sarawak pula, Kemasukan Sabah dan Sarawak pada 1963, telah mencatat kadar kematian yang menurun, iaitu kerana terdapatnya kemajuan dalam bidang perubatan, bekalan makanan yang mencukupi dan berzat, dengan ini penyakit dapat dikawal, sebagai contohnya batuk kering, taun, dan disentri dapat diatasi, iaitu imunisasi diperkenalkan untuk mencegah penyakit batuk kering, campak, dan taun. Kerajaan juga telah berusaha menjaga kebersihan alam sekitar iaitu dengan memperkenalkan pelbagai peraturan dan undang-undang baru yang berkaitan pencemaran alam sekitar.

  • Tahap ketiga pula, iaitu dari tahun 1965 - 1990: jumlah penduduk meningkat daripada 9.3 juta orang pada tahun 1965 kepada 18.4 juta orang pada tahun 1990, kadar kelahiran kasar dan kadar kematian kasar menurun dan menjadi semakin mantap, iaitu kadar kelahiran kasar (2.8%) menurun, ini menunjukan terdapatnya peningkatan dalam taraf pendidikan negara, kaum wanita pula mula berkahwin lebih lewat yang menyebabkan kadar kesuburan mula merosot serta bilangan anak menurun, amalan perancangan keluarga juga mula dilaksanakan secara berkesan di seluruh negara. Kadar kematian juga mula menurun iaitu (0.5%1) ini menunjukan kemajuan dalam bidang perubatan dan program kesihatan awam, program moden mengawal penyakjt taun, batuk kering, demam denggi dan sebagainya.

    Kesimpulanya, ciri-ciri peralihan demografi di Malaysia semakin semakin baik di mana kadar kelahiran mula menurun, kadar kematian juga menurun serta menjadi mantap , kadar kelahiran menurun iaitu penduduk mula mengamalkan perancangan keluarga dan peningkatan taraf pendidikan bagi golongan wanita. Selain itu kadar kematian juga menurun disebabkan oleh peningkatan dalam taraf kesihatan perubatan dan makanan.

No comments: