Wednesday, October 24, 2007

Negara Australia (Negara Maju) dipilih sebagai contoh untuk melihat kepadatan dan taburan penduduknya


Gambar peta di atas menunjukkan Jumlah orang yang tinggal di kota-kota utama di Australia
Kira-kira 71% penduduk Australia tinggal di kota yang jumlah penduduknya lebih dari 100.000 orang. Kota-kota ini terdiri atas Sydney, Melbourne, Brisbane, Perth, Adelaide, Newcastle, Canberra, Gold Coast City, Wollongong, Geelong, dan Hobart Australia adalah salah satu negara di dunia yang kebanyakan penduduknya tinggal di kota.

Kebanyakan kota-kota di Australia terletak di sepanjang garis pantai. Gambar peta menunjukkan bahawa kebanyakan orang Australia tinggal di daerah pantai sebelah timur dan selatan. Meskipun ada beberapa kota di daerah pedalaman, di sana penduduknya tidak banyak jumlahnya dan mereka terutama bekerja dalam bidang pertanian dan pertambangan. Perkecualian terhadap keadaan ini adalah kota Canberra, ibukota negara Australia, yakni sebuah kota pedalaman yang penduduknya lebih dari 300.000 orang.

Australia tidak seperti Indonesia dan negara Asia lain yang penduduknya kebanyakan tinggal di kota-kota kecil di daerah pedalaman dan di pedesaan. Meskipun Australia merupakan negara yang amat luas dengan daerah daratan yang besarnya empat kali Indonesia, tidak banyak daerah yang cocok untuk daerah hunian. Daerah-daerah yang paling sesuaiuntuk hunian adalah daerah pantai yang iklimnya nyaman dan curah hujannya cukup. Daerah pantai Australia sebelah utara tidak dihuni oleh banyak penduduk karena iklim tropisnya sangat kering. Daerah pedalaman dan daerah pantai barat Australia terlalu gersang untuk digunakan sebagai daerah pertanian dan daerah hunian.
ANTARA CONTOH TABURAN PENDUDUK DI MAJUgambar peta di atas menunjukka Proporsi penduduk yang tinggal di ibukota-ibukota negara bagian. Persebaran penduduk kebanyakan orang Australia, yakni lebih dari 85%, tinggal di kota kecil dan kota besar. Lebih dari 63% orang Australia tinggal di salah satu ibukota negara bagian, atau di ibukota negara (http://www.dfat.gov.au/aii/publications/bab08/ -24 oktober 2007)

Tuesday, October 23, 2007

APAKAH ITU DEMOGRAFI DAN PEMBANGUNAN .........?

DEMOGRAFI DAN PEMBANGUNAN menghuraikan perubahan pada cir-ciri dan struktur kependudukan dengan proses pembangunan yang berlaku dalam sejarah masyarakat. perubahan ini memberi kesan kepada pembangunan ekonomi,sosial dan fizikal penduduk terhadap peranan kerajaan, masyarakat dan institusi kekeluargaan dalam sesebuah negara.

Mengikut Kamus Dewan, Edisi Ketiga. 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (m/s 287). Demografi bermaksud kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian dsb) dalam tempoh waktu tertentu.

Manakala maksud bagi pembangunan pula adalah: perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan dsb). Usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan). Kamus Dewan, Edisi Ketiga. 2002.

Secara amnya, Demografi dan Pembangunan akan menghuraikan pertalian antara perubahan pada ciri-ciri dan struktur kependudukan dengan proses pembangunan yang berlaku dalam sejarah masyarakat. Ini akan memberi kesan kepada pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal penduduk yang menyebabkan berlakunya perubahan-perubahan terhadap peranan kerajaan, masyarakat dan institusi kekeluargaan selari dengan arus pembangunan.

Demografi dan Pembangunan juga akan meneliti pembangunan penduduk di negara maju dan membandingkannya dengan pencapaian pembangunan yang diterima oleh penduduk di negara sedang membangun. Merujuk kepada peredaran masa dan ruang, perbincangan juga tertumpu kepada memahami bagaimana startegi yang diambil oleh negara sedang membangun untuk merancang dan melaksanakan perancangan penduduk dalam mencapai pembangunan mapan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran kasar di Malaysia.

Faktor yang mengalakkan kelahiran


* keadaan ekonomi yang lebih baik - menambahkan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup penduduk.menambahkan saiz keluarga


* keluarga yang mempunyai taraf hidup dan sosio ekonomi yang rendah mengalami kadar kelahiran yang lebih tinggi kerana kurang sedar akan amalan perancangan keluarga .


* pengaruh agama - semua agama misalnya agama Islam menggalakkan keluarga mempunyai anak yang banyak ; pengajaran agama Katolik tidak membenarkan kaedah perancangan keluarga yang moden .

* Malaysia mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik - menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan - mengurangkan kadar kematian terutamanya kalangan bayi dan orang tua .

* ibu yang pendapatan per kapita tinggi - menjaga kesihatan dan melahirkan bayi yang sihat - menambahkan kadar kelahiran

* faktor sosiobudaya - keluarga besar menambahkan rezeki hidup keluarga - menambahkan kadar kelahiran.

* kerajaan Malaysia menggatakkan pertumbuhan penduduk yang tinggi untuk memenuhi keperluan tenaga , pekerja dengan memberikan pengecualian cukai tanggungan cuti bersalin dan bayaran rawatan yang rendah di klinik atau di hospital kerajaan .


faktor yang mengurangkan kelahiran


* keluarga taraf hidup tinggi - lebih mengamalkan perancangan keluarga - mengurangkan saiz keluarga .

* pencapaian dalam bidang pendidikan bagi kaum wanita - lewat berkahwin - tahap kesuburan wanita lebih tua adalah rendah - mengurangkan kadar kelahiran; wanita berpendidikan tinggi kini bekerja = tidak mempunyai keluarga yang besar .

* tahap pendidikan yang tinggi meningkatkan amalan perancangan keluarga - mengurangkan saiz keluarga ; menggemari saiz keluarga yang kecil - memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya.

* amalan perancangan keluarga telah merendahkan kadar kelahiran - 900 000 orang wanita di Malaysia mengamalkan perancangan keluarga pada tahun 1979.

Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan kadar kematian di Malaysia.

Setelah mengetahui kadar kelahiran di Malaysia, maka kadar kematian dan faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian ini juga penting untuk diketahui. berikut adalahfaktor-faktor yang menyebabkan perubahan kadar kematian di Malaysia:

Kadar kematian di Malaysïa menurun daripada 19.5% pada tahun l947 kepad; 4.6% pada tahun 1990.
faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian menurun:

# peningkatan dalam taraf kesihatan - kerajaan Malaysia menyediakan kemudahan perubatan di klinik dan di hospital kerajaan - mengenakan bayaran rawatan yang rendah, bayi diberikan suntikan cacar dan suntikan tiga antigen dengan percuma di klinik dan di hospital kerajaan seterusnya susu percuma diberikan kepada ibu dan penduduk yang miskin di samping itu, pelajar miskin diberikan makanan dan susu percuma di sekolah.
# peningkatan dalam taraf hidup dan sosioekonomi - menikmati makanan berzat - menambahkan taraf kesihatan serta menyediakan kawasan petempatan dengan kemudahan asas yang baik
bekalan air melalui paip dan kemudahan pembuangan najis serta sampah yang baik - bekalan air yang bersih menghalang penyakit seperti kelera dan tafiod .
# pertumbuhan ekonomi negara sosioekonomi rakyat Malaysia - pendapatan per kapita setahun rakyat Malaysia telah meningkat akibat pertumbuhan ekonomi semakin stabil.
peningkatan taraf pendidikan rakyat Malaysia - memahami bahayanya penyakit seperti malaria, deman denggi, dan AIDS ; belajar cara-cara menghindarkan atau mengurangkan kemungkinan menghidap penyakit-penyakit tersebut .
#kerajaan melancarkan program-program kesedaran tentang penyakit-penyakit tersebut dan bagaimana mencegahnya melalui media massa seperti televisyen; pelajar diberi pendidikan kesihatan supaya menjaga kesihatan dan menjauhi penyakit ; Kementerian Kesihatan mengadakan kempen anti merokok, keburukan penyalahgunaan dadah , kencing manis, dan penyakit jantung .

Kesimpulannya, pelbagai faktor dan usaha kerajaan telah diambil bagi mengurangkan kadar kematian di kalangan masyarakat Malaysia.

Teori ‘peralihan demografi’

Teori ‘peralihan demografi’ atau demographic transition, satu teori untuk meerangkan perubahan-perubahan asasi dalam keadaan demografi.antara ciri tahap-tahap model peralihan demografi seperti berikut:

Tahap pertama: kadar kelahiran dan kadar kematian adalah tinggi dengan ini, kadar pertumbuhan semula jadi rendah dan kadar kelahiran tinggi. Hal ini adalah disebabkan kurang perancangan keluarga, kehendak ahli keluarga yang banyak; keluarga besar - keluarga petani besar supaya anak-anak dapat membantu mereka apabila anak-anak dewasa. Manakala kadar kematian tinggi kerana kekurangan makanan yang seimbang dan berzat serta taraf kesihatan yang rendah.

Tahap kedua: Merupakan peringkat awal perkembangan penduduk, oleh itu kadar kelahiran adalah tinggi - kurangnya amalan perancangan keluarga serta kadar kematian adalah menurun - maju dalam bidang perubatan, pemakanan, dan lebih perkhidmatan kesihatan. Oleh itu kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian menurun ; kadar pertumbuhan semulajadi meningkat.
Antara contoh negara-negara yang mengalami tahap kedua ini adalah: Myanmar, Argentina, dan Kemboja.

Tahap ketiga: kadar kelahiran mula menurun, kadar kematian juga menurun serta menjadi mantap , kadar kelahiran menurun iaitu penduduk mula mengamalkan perancangan keluarga dengan ini kadar kematian menjadi mantap iaitu peningkatan dalam taraf kesihatan perubatan dan makanan. Antara contoh negara-negara yang mengalami tahap ini adalah negara membangun yang sedang memajukan bidang perindustriannya dimana kadar pertumbuhan semulajadi menurun dengan pesatnya contohnya Malaysia, Thailand, dan Filipina.

Tahap keempat: kadar kelahiran dan kadar kematian adalah rendah dimana ekonomi negara stabil dan maju, taraf hidup dan sosioekonomi juga adalah tinggi, oleh itu ia merendahkan kadar kelahiran , meningkatkan taraf kesihatan perubatan, dan pemakanan mengurangkan kadar kematian. Antara contoh negara-negara yang mengalami tahap ini ialah Jepun, Amerika Syarikat dan Sweden.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa keadaan di Negara Maju (NM) berbanding dengan Negara Sedang Membangun (NSM) adalah seperti berikut:
i) Transisi Demografi hampir tamat
ii) Kadar kelahiran rendah
iii)Nisbah tanggungan rendah (bilangan orang dewasa melebihi
kanak-kanak)
iv)Kadar pertumbuhan penduduk rendah
v) Piramid pertumbuhan umur jantina berbentuk empat segi bujur.

Manakala keadaan di NSM berbanding NM adalah sebaliknya.