Thursday, October 25, 2007
Wednesday, October 24, 2007
Negara Australia (Negara Maju) dipilih sebagai contoh untuk melihat kepadatan dan taburan penduduknya
Kira-kira 71% penduduk Australia tinggal di kota yang jumlah penduduknya lebih dari 100.000 orang. Kota-kota ini terdiri atas Sydney, Melbourne, Brisbane, Perth, Adelaide, Newcastle, Canberra, Gold Coast City, Wollongong, Geelong, dan Hobart Australia adalah salah satu negara di dunia yang kebanyakan penduduknya tinggal di kota.
Kebanyakan kota-kota di Australia terletak di sepanjang garis pantai. Gambar peta menunjukkan bahawa kebanyakan orang Australia tinggal di daerah pantai sebelah timur dan selatan. Meskipun ada beberapa kota di daerah pedalaman, di sana penduduknya tidak banyak jumlahnya dan mereka terutama bekerja dalam bidang pertanian dan pertambangan. Perkecualian terhadap keadaan ini adalah kota Canberra, ibukota negara Australia, yakni sebuah kota pedalaman yang penduduknya lebih dari 300.000 orang.
Australia tidak seperti Indonesia dan negara Asia lain yang penduduknya kebanyakan tinggal di kota-kota kecil di daerah pedalaman dan di pedesaan. Meskipun Australia merupakan negara yang amat luas dengan daerah daratan yang besarnya empat kali Indonesia, tidak banyak daerah yang cocok untuk daerah hunian. Daerah-daerah yang paling sesuaiuntuk hunian adalah daerah pantai yang iklimnya nyaman dan curah hujannya cukup. Daerah pantai Australia sebelah utara tidak dihuni oleh banyak penduduk karena iklim tropisnya sangat kering. Daerah pedalaman dan daerah pantai barat Australia terlalu gersang untuk digunakan sebagai daerah pertanian dan daerah hunian.
Tuesday, October 23, 2007
APAKAH ITU DEMOGRAFI DAN PEMBANGUNAN .........?
Mengikut Kamus Dewan, Edisi Ketiga. 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (m/s 287). Demografi bermaksud kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian dsb) dalam tempoh waktu tertentu.
Manakala maksud bagi pembangunan pula adalah: perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan dsb). Usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan). Kamus Dewan, Edisi Ketiga. 2002.
Secara amnya, Demografi dan Pembangunan akan menghuraikan pertalian antara perubahan pada ciri-ciri dan struktur kependudukan dengan proses pembangunan yang berlaku dalam sejarah masyarakat. Ini akan memberi kesan kepada pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal penduduk yang menyebabkan berlakunya perubahan-perubahan terhadap peranan kerajaan, masyarakat dan institusi kekeluargaan selari dengan arus pembangunan.
Demografi dan Pembangunan juga akan meneliti pembangunan penduduk di negara maju dan membandingkannya dengan pencapaian pembangunan yang diterima oleh penduduk di negara sedang membangun. Merujuk kepada peredaran masa dan ruang, perbincangan juga tertumpu kepada memahami bagaimana startegi yang diambil oleh negara sedang membangun untuk merancang dan melaksanakan perancangan penduduk dalam mencapai pembangunan mapan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran kasar di Malaysia.
* keadaan ekonomi yang lebih baik - menambahkan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup penduduk.menambahkan saiz keluarga
* keluarga yang mempunyai taraf hidup dan sosio ekonomi yang rendah mengalami kadar kelahiran yang lebih tinggi kerana kurang sedar akan amalan perancangan keluarga .
* pengaruh agama - semua agama misalnya agama Islam menggalakkan keluarga mempunyai anak yang banyak ; pengajaran agama Katolik tidak membenarkan kaedah perancangan keluarga yang moden .
* Malaysia mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik - menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan - mengurangkan kadar kematian terutamanya kalangan bayi dan orang tua .
* ibu yang pendapatan per kapita tinggi - menjaga kesihatan dan melahirkan bayi yang sihat - menambahkan kadar kelahiran
* faktor sosiobudaya - keluarga besar menambahkan rezeki hidup keluarga - menambahkan kadar kelahiran.
* kerajaan Malaysia menggatakkan pertumbuhan penduduk yang tinggi untuk memenuhi keperluan tenaga , pekerja dengan memberikan pengecualian cukai tanggungan cuti bersalin dan bayaran rawatan yang rendah di klinik atau di hospital kerajaan .
faktor yang mengurangkan kelahiran
* keluarga taraf hidup tinggi - lebih mengamalkan perancangan keluarga - mengurangkan saiz keluarga .
* pencapaian dalam bidang pendidikan bagi kaum wanita - lewat berkahwin - tahap kesuburan wanita lebih tua adalah rendah - mengurangkan kadar kelahiran; wanita berpendidikan tinggi kini bekerja = tidak mempunyai keluarga yang besar .
* tahap pendidikan yang tinggi meningkatkan amalan perancangan keluarga - mengurangkan saiz keluarga ; menggemari saiz keluarga yang kecil - memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya.
* amalan perancangan keluarga telah merendahkan kadar kelahiran - 900 000 orang wanita di Malaysia mengamalkan perancangan keluarga pada tahun 1979.
Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan kadar kematian di Malaysia.
Setelah mengetahui kadar kelahiran di Malaysia, maka kadar kematian dan faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian ini juga penting untuk diketahui. berikut adalahfaktor-faktor yang menyebabkan perubahan kadar kematian di Malaysia:
Kadar kematian di Malaysïa menurun daripada 19.5% pada tahun l947 kepad; 4.6% pada tahun 1990.
faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian menurun:
# peningkatan dalam taraf kesihatan - kerajaan Malaysia menyediakan kemudahan perubatan di klinik dan di hospital kerajaan - mengenakan bayaran rawatan yang rendah, bayi diberikan suntikan cacar dan suntikan tiga antigen dengan percuma di klinik dan di hospital kerajaan seterusnya susu percuma diberikan kepada ibu dan penduduk yang miskin di samping itu, pelajar miskin diberikan makanan dan susu percuma di sekolah.
# peningkatan dalam taraf hidup dan sosioekonomi - menikmati makanan berzat - menambahkan taraf kesihatan serta menyediakan kawasan petempatan dengan kemudahan asas yang baik
bekalan air melalui paip dan kemudahan pembuangan najis serta sampah yang baik - bekalan air yang bersih menghalang penyakit seperti kelera dan tafiod .
# pertumbuhan ekonomi negara sosioekonomi rakyat Malaysia - pendapatan per kapita setahun rakyat Malaysia telah meningkat akibat pertumbuhan ekonomi semakin stabil.
peningkatan taraf pendidikan rakyat Malaysia - memahami bahayanya penyakit seperti malaria, deman denggi, dan AIDS ; belajar cara-cara menghindarkan atau mengurangkan kemungkinan menghidap penyakit-penyakit tersebut .
#kerajaan melancarkan program-program kesedaran tentang penyakit-penyakit tersebut dan bagaimana mencegahnya melalui media massa seperti televisyen; pelajar diberi pendidikan kesihatan supaya menjaga kesihatan dan menjauhi penyakit ; Kementerian Kesihatan mengadakan kempen anti merokok, keburukan penyalahgunaan dadah , kencing manis, dan penyakit jantung .
Kesimpulannya, pelbagai faktor dan usaha kerajaan telah diambil bagi mengurangkan kadar kematian di kalangan masyarakat Malaysia.
Teori ‘peralihan demografi’
Tahap pertama: kadar kelahiran dan kadar kematian adalah tinggi dengan ini, kadar pertumbuhan semula jadi rendah dan kadar kelahiran tinggi. Hal ini adalah disebabkan kurang perancangan keluarga, kehendak ahli keluarga yang banyak; keluarga besar - keluarga petani besar supaya anak-anak dapat membantu mereka apabila anak-anak dewasa. Manakala kadar kematian tinggi kerana kekurangan makanan yang seimbang dan berzat serta taraf kesihatan yang rendah.
Tahap kedua: Merupakan peringkat awal perkembangan penduduk, oleh itu kadar kelahiran adalah tinggi - kurangnya amalan perancangan keluarga serta kadar kematian adalah menurun - maju dalam bidang perubatan, pemakanan, dan lebih perkhidmatan kesihatan. Oleh itu kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian menurun ; kadar pertumbuhan semulajadi meningkat.
Antara contoh negara-negara yang mengalami tahap kedua ini adalah: Myanmar, Argentina, dan Kemboja.
Tahap ketiga: kadar kelahiran mula menurun, kadar kematian juga menurun serta menjadi mantap , kadar kelahiran menurun iaitu penduduk mula mengamalkan perancangan keluarga dengan ini kadar kematian menjadi mantap iaitu peningkatan dalam taraf kesihatan perubatan dan makanan. Antara contoh negara-negara yang mengalami tahap ini adalah negara membangun yang sedang memajukan bidang perindustriannya dimana kadar pertumbuhan semulajadi menurun dengan pesatnya contohnya Malaysia, Thailand, dan Filipina.
Tahap keempat: kadar kelahiran dan kadar kematian adalah rendah dimana ekonomi negara stabil dan maju, taraf hidup dan sosioekonomi juga adalah tinggi, oleh itu ia merendahkan kadar kelahiran , meningkatkan taraf kesihatan perubatan, dan pemakanan mengurangkan kadar kematian. Antara contoh negara-negara yang mengalami tahap ini ialah Jepun, Amerika Syarikat dan Sweden.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa keadaan di Negara Maju (NM) berbanding dengan Negara Sedang Membangun (NSM) adalah seperti berikut:
i) Transisi Demografi hampir tamat
ii) Kadar kelahiran rendah
iii)Nisbah tanggungan rendah (bilangan orang dewasa melebihi
kanak-kanak)
iv)Kadar pertumbuhan penduduk rendah
v) Piramid pertumbuhan umur jantina berbentuk empat segi bujur.
Manakala keadaan di NSM berbanding NM adalah sebaliknya.
Ciri-ciri peralihan demografi di Malaysia
- Tahap pertama, dari tahun 1947 - 1956: kadar kematian kasar menurun daripada 2% kepada 1%,hal ini adalah disebabkan terdapat kemajuan dalam bidang kesihatan awam, perubatan, dan pemakanan yang baik bagi masyarakat Malaysia dan terdapatnya pusat kesihatan dan hospital di hampir seluruh negara di Malaysia dengan ini, penyakit dapat dikawal contohnya penyakit malaria, taun,tetanus dan sebagainya. Kadar kelahiran pula meningkat ini disebabkan kurangnya pengamalan perancangan keluarga. Mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah menyebabkan menambahkan peluang pekerjaan dan saiz keluarga.
- Tahap kedua, dari tahun 1957 - 1964; kadar kelahiran kasar dan kadar kematian kasar telah menurun secara perlahan-lahan, ini menyebabkan kadar pertumbuhan meningkat 3%,dimana kadar kelahiran kasar menurun. Ini menunjukan terdapatnya lebih pengamalan perancangan keluarga, umur kahwin lebih lewat kerana banyak perempuan yang melanjutkan pelajaran ke universiti, saiz keluarga menjadi kecil dan lebih banyak perempuan mula bekerja. Dengan ini jumlah penduduk di Malaysia semakin bertambah. Di Sabah dan Sarawak pula, Kemasukan Sabah dan Sarawak pada 1963, telah mencatat kadar kematian yang menurun, iaitu kerana terdapatnya kemajuan dalam bidang perubatan, bekalan makanan yang mencukupi dan berzat, dengan ini penyakit dapat dikawal, sebagai contohnya batuk kering, taun, dan disentri dapat diatasi, iaitu imunisasi diperkenalkan untuk mencegah penyakit batuk kering, campak, dan taun. Kerajaan juga telah berusaha menjaga kebersihan alam sekitar iaitu dengan memperkenalkan pelbagai peraturan dan undang-undang baru yang berkaitan pencemaran alam sekitar.
- Tahap ketiga pula, iaitu dari tahun 1965 - 1990: jumlah penduduk meningkat daripada 9.3 juta orang pada tahun 1965 kepada 18.4 juta orang pada tahun 1990, kadar kelahiran kasar dan kadar kematian kasar menurun dan menjadi semakin mantap, iaitu kadar kelahiran kasar (2.8%) menurun, ini menunjukan terdapatnya peningkatan dalam taraf pendidikan negara, kaum wanita pula mula berkahwin lebih lewat yang menyebabkan kadar kesuburan mula merosot serta bilangan anak menurun, amalan perancangan keluarga juga mula dilaksanakan secara berkesan di seluruh negara. Kadar kematian juga mula menurun iaitu (0.5%1) ini menunjukan kemajuan dalam bidang perubatan dan program kesihatan awam, program moden mengawal penyakjt taun, batuk kering, demam denggi dan sebagainya.
Kesimpulanya, ciri-ciri peralihan demografi di Malaysia semakin semakin baik di mana kadar kelahiran mula menurun, kadar kematian juga menurun serta menjadi mantap , kadar kelahiran menurun iaitu penduduk mula mengamalkan perancangan keluarga dan peningkatan taraf pendidikan bagi golongan wanita. Selain itu kadar kematian juga menurun disebabkan oleh peningkatan dalam taraf kesihatan perubatan dan makanan.
Wednesday, August 8, 2007
Kesesakan Bandaraya Jepun
Jepun sebuah negara maju. majoriti penduduk Jepun tertumpu di kawasan bandaraya. Gambar tersebut menunjukkan jalan yang penuh sesak di kawasan bandaraya Jepun dengan kepadatan penduduknya yang sangat tinggi.
Demografi Malaysia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu
Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah penduduk di Malaysia ialah seramai 26.64 juta orang. 24.8 juta orang merupakan warganegara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta orang merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum Melayu mewakili 54 % dari populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera (selain daripada Melayu) seramai 2.93 juta orang mewakili 11.8 %. Justeru itu kaum Bumiputera mewakili 65.8 % dari jumlah keseluruhan warganegara Malaysia.
Kira kira 25 % daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang, 7.5% terdiri daripada kaum India dengan seramai 1.86 juta orang, manakala lain-lain kaum pula seramai 1.7 % iaitu seramai 318.9 ribu orang. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.
Manakala lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan Melayu. Mereka terbahagi kepada berpuluh-puluh kumpulan etnik tetapi memiliki budaya umum yang sama. Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah yang dikenali sebagai "Serani" dan Timur Tengah.
Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 18 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.
Friday, August 3, 2007
For your Information???
Latarbelakang
Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohammad ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta.
Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.
Rasional
Jumlah penduduk Malaysia adalah masih kecil dan ada faedah-faedah besar jika kependudukan Malaysia dibesarkan dalam jangka perancangan di atas. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia dengan kawasan yang seluas 334,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 45 juta, Negeri Thai dengan kawasan seluas 514,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 50 juta dan Republik Indonesia dengan kawasan tanah 2,027,087 km persegi mempunyai sebanyak 150 juta.
Rasional untuk mencapai matlamat kependudukan 70 juta adalah untuk menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri industri tempatan. Ini akan mengujudkan keadaan persaingan dalam pasaran dan selanjutnya akan meninggikan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah dianggap sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat meningkatkan daya pengeluaran ekonomi. Dengan yang demikian, adalah wajar angkubah-angkubah demografik ini diambil kira di dalam perancangan pembangunan untuk mempastikan kemajuan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan yang berterusan.
Wednesday, July 25, 2007
TAHUKAH ANDA???
1. Orang yang tinggal di daerah tersebut
2. Orang yang secara hukum berhak tinggal di daerah tersebut
Dengan kata lain orang yang mempunyai surat resmi untuk tinggal di situ. Misalkan bukti kewarganegaraan, tetapi memilih tinggal di daerah lain.
Dalam sosiologi, penduduk adalah kumpulan manusia yang menempati wilayah geografi dan ruang tertentu.
Masalah-masalah kependudukan dipelajari dalam ilmu Demografi. Berbagai aspek perilaku menusia dipelajari dalam sosiologi, ekonomi, dan geografi. Demografi banyak digunakan dalam pemasaran, yang berhubungan erat dengan unit-unit ekonmi, seperti pengecer hingga pelanggan potensial.Kepadatan penduduk
Laju pertumbuhan penduduk lebih tinggi di negara berkembang (merah) dibanding dengan negara maju (biru)Kepadatan penduduk dihitung dengan membagi jumlah penduduk dengan luas area dimana mereka tinggal.
Beberapa pengamat masyarakat percaya bahwa konsep kapasitas muat juga berlaku pada penduduk bumi, yakni bahwa penduduk yang tak terkontrol dapat menyebabkan katastrofi Malthus. Beberapa menyangkal pendapat ini. Grafik berikut menunjukkan kenaikan logistik penduduk.
Negara-negara kecil biasanya memiliki kepadatan penduduk tertinggi, di antaranya: Monako, Singapura, Vatikan, dan Malta. Di antara negara besar yang memiliki kepadatan penduduk tinggi adalah Jepang dan Bangladesh
Kepadatan penduduk
Laju pertumbuhan penduduk lebih tinggi di negara berkembang (merah) dibanding dengan negara maju (biru)Kepadatan penduduk dihitung dengan membagi jumlah penduduk dengan luas area dimana mereka tinggal.
Beberapa pengamat masyarakat percaya bahwa konsep kapasitas muat juga berlaku pada penduduk bumi, yakni bahwa penduduk yang tak terkontrol dapat menyebabkan katastrofi Malthus. Beberapa menyangkal pendapat ini. Grafik berikut menunjukkan kenaikan logistik penduduk.
Negara-negara kecil biasanya memiliki kepadatan penduduk tertinggi, di antaranya: Monako, Singapura, Vatikan, dan Malta. Di antara negara besar yang memiliki kepadatan penduduk tinggi adalah Jepang dan Bangladesh