Wednesday, August 8, 2007

Demografi Malaysia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu

Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah penduduk di Malaysia ialah seramai 26.64 juta orang. 24.8 juta orang merupakan warganegara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta orang merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum Melayu mewakili 54 % dari populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera (selain daripada Melayu) seramai 2.93 juta orang mewakili 11.8 %. Justeru itu kaum Bumiputera mewakili 65.8 % dari jumlah keseluruhan warganegara Malaysia.


Kira kira 25 % daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang, 7.5% terdiri daripada kaum India dengan seramai 1.86 juta orang, manakala lain-lain kaum pula seramai 1.7 % iaitu seramai 318.9 ribu orang. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.

Manakala lebih separuh populasi
Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan Melayu. Mereka terbahagi kepada berpuluh-puluh kumpulan etnik tetapi memiliki budaya umum yang sama. Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah yang dikenali sebagai "Serani" dan Timur Tengah.


Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 18 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.

No comments: