Tuesday, October 23, 2007

Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan kadar kematian di Malaysia.

Setelah mengetahui kadar kelahiran di Malaysia, maka kadar kematian dan faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian ini juga penting untuk diketahui. berikut adalahfaktor-faktor yang menyebabkan perubahan kadar kematian di Malaysia:

Kadar kematian di Malaysïa menurun daripada 19.5% pada tahun l947 kepad; 4.6% pada tahun 1990.
faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian menurun:

# peningkatan dalam taraf kesihatan - kerajaan Malaysia menyediakan kemudahan perubatan di klinik dan di hospital kerajaan - mengenakan bayaran rawatan yang rendah, bayi diberikan suntikan cacar dan suntikan tiga antigen dengan percuma di klinik dan di hospital kerajaan seterusnya susu percuma diberikan kepada ibu dan penduduk yang miskin di samping itu, pelajar miskin diberikan makanan dan susu percuma di sekolah.
# peningkatan dalam taraf hidup dan sosioekonomi - menikmati makanan berzat - menambahkan taraf kesihatan serta menyediakan kawasan petempatan dengan kemudahan asas yang baik
bekalan air melalui paip dan kemudahan pembuangan najis serta sampah yang baik - bekalan air yang bersih menghalang penyakit seperti kelera dan tafiod .
# pertumbuhan ekonomi negara sosioekonomi rakyat Malaysia - pendapatan per kapita setahun rakyat Malaysia telah meningkat akibat pertumbuhan ekonomi semakin stabil.
peningkatan taraf pendidikan rakyat Malaysia - memahami bahayanya penyakit seperti malaria, deman denggi, dan AIDS ; belajar cara-cara menghindarkan atau mengurangkan kemungkinan menghidap penyakit-penyakit tersebut .
#kerajaan melancarkan program-program kesedaran tentang penyakit-penyakit tersebut dan bagaimana mencegahnya melalui media massa seperti televisyen; pelajar diberi pendidikan kesihatan supaya menjaga kesihatan dan menjauhi penyakit ; Kementerian Kesihatan mengadakan kempen anti merokok, keburukan penyalahgunaan dadah , kencing manis, dan penyakit jantung .

Kesimpulannya, pelbagai faktor dan usaha kerajaan telah diambil bagi mengurangkan kadar kematian di kalangan masyarakat Malaysia.

No comments: