Tuesday, October 23, 2007

Teori ‘peralihan demografi’

Teori ‘peralihan demografi’ atau demographic transition, satu teori untuk meerangkan perubahan-perubahan asasi dalam keadaan demografi.antara ciri tahap-tahap model peralihan demografi seperti berikut:

Tahap pertama: kadar kelahiran dan kadar kematian adalah tinggi dengan ini, kadar pertumbuhan semula jadi rendah dan kadar kelahiran tinggi. Hal ini adalah disebabkan kurang perancangan keluarga, kehendak ahli keluarga yang banyak; keluarga besar - keluarga petani besar supaya anak-anak dapat membantu mereka apabila anak-anak dewasa. Manakala kadar kematian tinggi kerana kekurangan makanan yang seimbang dan berzat serta taraf kesihatan yang rendah.

Tahap kedua: Merupakan peringkat awal perkembangan penduduk, oleh itu kadar kelahiran adalah tinggi - kurangnya amalan perancangan keluarga serta kadar kematian adalah menurun - maju dalam bidang perubatan, pemakanan, dan lebih perkhidmatan kesihatan. Oleh itu kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian menurun ; kadar pertumbuhan semulajadi meningkat.
Antara contoh negara-negara yang mengalami tahap kedua ini adalah: Myanmar, Argentina, dan Kemboja.

Tahap ketiga: kadar kelahiran mula menurun, kadar kematian juga menurun serta menjadi mantap , kadar kelahiran menurun iaitu penduduk mula mengamalkan perancangan keluarga dengan ini kadar kematian menjadi mantap iaitu peningkatan dalam taraf kesihatan perubatan dan makanan. Antara contoh negara-negara yang mengalami tahap ini adalah negara membangun yang sedang memajukan bidang perindustriannya dimana kadar pertumbuhan semulajadi menurun dengan pesatnya contohnya Malaysia, Thailand, dan Filipina.

Tahap keempat: kadar kelahiran dan kadar kematian adalah rendah dimana ekonomi negara stabil dan maju, taraf hidup dan sosioekonomi juga adalah tinggi, oleh itu ia merendahkan kadar kelahiran , meningkatkan taraf kesihatan perubatan, dan pemakanan mengurangkan kadar kematian. Antara contoh negara-negara yang mengalami tahap ini ialah Jepun, Amerika Syarikat dan Sweden.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa keadaan di Negara Maju (NM) berbanding dengan Negara Sedang Membangun (NSM) adalah seperti berikut:
i) Transisi Demografi hampir tamat
ii) Kadar kelahiran rendah
iii)Nisbah tanggungan rendah (bilangan orang dewasa melebihi
kanak-kanak)
iv)Kadar pertumbuhan penduduk rendah
v) Piramid pertumbuhan umur jantina berbentuk empat segi bujur.

Manakala keadaan di NSM berbanding NM adalah sebaliknya.

No comments: